Hyundai Bakal Memperkenalkan Kenderaan Elektrik Sepenuhnya Pada Januari 2016

Hyundai merupakan salah satu pengeluar kenderaan terkemuka di Korea, dan terkini, hari ini mereka mengumumkan bakal memperkenalkan kenderaan elektrik sepenuhnya daripada mereka, dinamakan sebagai IONIQ pada Januari 2016.

IONIQ ini akan hadir dalam beberapa variasi, termasuk elektrik sepenuhnya, hibrid antara elektrik dan petrol.

Hyundai Ioniq

Hyundai mengatakan mereka mengambil nama IONIQ yang mana berasal daripada elemen ION yang hadir pada atom – serta gabungan perkataan UNIK. Dalam kenderaan Hyundai IONIQ versi elektrik sepenuhnya ini, ia dilengkapi dengan bateri lithium-ion berkapasiti tinggi.

Kenderaan ini akan dilancarkan secara rasminya di Korea pada Januari 2016, sebelum dipertontonkan untuk pasaran global sekitar Mac 2016 kelak.

[Hyundai]

Laluan Khas Dan Caj Tol Untuk Motosikal Di Lebuhraya Sedang Dalam Kajian

Akhir-akhir ini, arena pengangkutan menerima perhatian ramai pihak, apatah lagi dengan peningkatan pelbagai harga – termasuk tambang pengangkutan awam, selain peningkatan harga tol. Terkini, ia dilaporkan, kerajaan turut sedang mengkaji keberkesanan laluan khas untuk motosikal di lebuh raya.

Motosikal

Pada hari ini, hanya beberapa lebuh-raya sahaja yang mempunyai laluan khas untuk motosikal, dan ia mungkin diperluaskan berdasarkan kepada input daripada kajian yang sedang dilakukan.

Daripada idea awal, kerajaan ingin mengehadkan penggunaan lebuh-raya berdasarkan kepada kapasiti enjin, selain turut mengkaji lebar yang diperlukan untuk menyokong motosikal pelbagai saiz.

Pada masa yang sama, kerajaan juga dikatakan mengkaji sama ada ingin mengenakan bayaran tol untuk motosikal atau sebaliknya. Pada hari ini, penunggang motosikal hanya perlu membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, dan juga Jambatan Pulau Pinang. Malah, motosikal dengan enjin berkapasiti besar turut dikecualikan bayaran tol disebabkan ia dikategorikan dibawah kenderaan dua roda.

Mungkinkah kita akan melihat perubahan dan pengenalan caj tol untuk motosikal?

[Sumber : Malay Mail Online]

Perodua Melancarkan Buku “Dude, That’s My Car – Mengisahkan Mengenai Perodua Myvi

Perodua Myvi merupakan salah satu kenderaan yang sangat popular di Malaysia, malah boleh dilihat dengan kerap dimana-mana jalan raya utama. Terkini, bersempena dengan ulang-tahun ke-10 Myvi pada tahun ini, pihak Perodua turut melancarkan sebuah buku khusus mengenainya, dinamakan sebagai “Dude, That’s My Car”.

Perodua Buku Myvi

Buku “Dude, That’s My Car” ini mengisahkan bagaimana Myvi bermula, pandangan mengenainya, selain penerimaan kenderaan berkenaan di mata pengguna umum di Malaysia. Buku ini ditulis oleh Ahmad Tamimi Omar yang kini bertugas sebagai ketua bahagian perhubungan media di Perodua.

Buku yang mengisahkan mengenai Myvi yang terjual lebih daripada 870,000 unit sehingga kini ini boleh didapati daripada kedai buku MPH, dan sebanyak 2000 buku telah dicetak buat masa ini.

Bermula 1 Januari 2016, Tambah Sehala Untuk ERL Dari KL Sentral Ke KLIA Ialah RM55

ERL Januari 2016ERL adalah salah satu mod pengangkutan kepada orang ramai, menghubungkan KL Sentral ke KLIA – dan mengambil masa lebih kurang 28 minit untuk ke destinasi. Pada hari ini, tambang keretapi ekspress antara kedua lokasi adalah RM35, dan bermula daripada bulan Januari 2016 kelak, tambangnya akan meningkat sebanyak RM20.

Ini sekaligus menjadikan tambang sehala antara KL Sentral dan KLIA/KLIA 2 adalah sebanyak RM55 – peningkatan yang boleh dikatakan agak tinggi, apatah lagi dengan peningkatan harga tol, dan beberapa tambang pengangkutan yang lain akhir-akhir ini.

Pihak ERL mengatakan pengguna boleh menikmati diskaun untuk perjalanan dengan membuat pembelian menggunakan aplikasi atau laman web yang menawarkan harga kurang 10%, termasuk diskaun ketika membeli tiket perjalanan untuk dua hala berbanding hanya sehala.

Disember 2015 : RON95 Turun 10 Sen, RON97 Dan Diesel Kekal Harga Sama

Bermula daripada tengah malam ini, iaitu tarikh 1 Disember 2015, harga jualan untuk petrol RON95 akan dikurangkan sebanyak 10 sen, sementtara RON97 dan juga diesel dikekalkan pada harga sama.

Petrol

Dengan perubahan harga ini, RON95 kini akan mula dijual pada harga RM1.95, sementara RON97 pada harga RM2.45, dan Diesel pula pada harga RM1.90.

Kerajaan sebelum ini telah mula mengeluarkan harga jualan bahan bakar yang dikemaskini setiap bulan, dan ramai pemandu dan penunggang motosikal sering menantikan pengumuman harga baru ini setiap penghujung bulan.